Minta bukti untuk pembelaan Kes liwat Anwar Ibrahim II

Pada 10 Jun 2009, Anwar mengemukakan notis usul yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah mahu pendakwa raya membekalkan pelbagai dokumen sebelum perbicaraan kes liwatnya yang akan bermula dari 1 Julai hingga 24 Julai 2009. Dokumen itu ialah pita rakaman CCTV yang asal yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara dari tarikh 25 Jun hingga 27 Jun 2008, sampel DNA, kenyataan-kenyataan saksi termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, kenyataan polis dan beberapa dokumen lain.

Permohonan disampaikan melalui peguam Tetuan S.N.Nair and Partners. Beliau menamakan pendakwa raya sebagai responden.[18]

Antara dokumen yang diminta ialah :

  1. Kenyataan Mohd Saiful
  2. Kenyataan Dr Osman Abdul Hamid daripada Hospital Pusrawi
  3. Kenyataan pemilik kondominium berkenaan Hassanuddin Abdul Hamid dan tiga saksi utama lain.
  4. Salinan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari pos pengawal di Desa Damansara Condominium, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, dan di kawasan menunggu lif di Blok 11 kondominium itu dari 25 hingga 27 Jun, 2008.

Pada 16 Julai 2009, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan permohonan Anwar dan memerintahkan pihak pendakwaan menyediakan dokumen berkenaan dalam tempoh tujuh hari.[19]

Majlis Peguam berpendapat penyerahan bukti kepada peguam bela dapat menjimatkan masa dan tidak tertangguh-tangguh. Pihak pembelaan dapat menyediakan kes bagi tertuduh dengan lebih sempurna dan menjimatkan masa mahkamah.Pihak pembelaan akan lebih bersedia dan akan mengurangkan penangguhan perbicaraan-perbicaraan (di mahkamah) untuk meneliti dokumen-dokumen yang baru dikemukakan. Seksyen 51 A Kanun Acara Jenayah (yang berkuatkuasa pada 2007) bertujuan menjadikan sistem keadilan jenayah lebih sama rata di antara pihak pendakwaan dan pembelaan.[20]

Rujukan

WikiPedia: Kes liwat Anwar Ibrahim II http://www.astroawani.com/berita-politik/prk-port-... http://bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=35287... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php...